Sunday, May 25, 2008

DUBIC KE JANDA BAIK

Hari kedua, Grup DUBIC keluar dari concrete jungle into real jungle, dimana anginnya lebih nyaman dan segar. Destinasi kali ini ke Janda Baik. Tapi awas dong, Janda nya baik tapi perjalanan menemui Janda amat mencabar.






Bertemankan 2 teman speda dari Malaysia, Bapak Olmo dan Bapak Suhaimi, kami sudah siap untuk berspeda, bermula daripada Hospital Orang Asli di Gombak. Bapak Saiful nampaknya yang paling excited. Difahamkan Pak Saiful pada awalnya telah bertemu seorang gadis dari Gombak secara sepintas lalu. Langsung terpikat dan tidak sabar lagi untuk memulakan perspedaan dan mencari gadis Gombak. Sabar Pak Saiful, izinkan saya perkenalkan grup kita pagi ini. Dari kiri - saya, Pak Olmo (orang PJ aje), Pak Ardiman, Pak Tonto, Pak Saiful, Pak Suhaimi (orang Telekom la). Jurukamera nya Kahar, anak Pak Ardiman.







Udara sejuk dipagi hari sungguh memberangsangkan. Setiap kali aku berspeda disini, rasa hilang stress.





Memang al maklum Jalan Gombak ke Janda Baik tu mendaki. Bapak Olmo dan Bapak Suhaimi punyai speda jalan, lalu dengan sekejap waktu sudah jauh kehadapan dan hilang dari pandangan. Tapi ini tidak mematahkan semangat Bapak Saiful. Walaupun berspeda Mountain Bike dengan tayar off-road, beliau juga memecut, melintasi Bapak Ardiman! Gambar yang dapat aku ambil pun blurr, maklumlah, terlampau laju Babak Saiful ni.







Kalau dah laju sangat, beginilah akibatnya nanti..............bapak Saiful dan kudanya sudah pancit!






....dan perjalan seterusnya perlu didorongi oleh Bapak Ardiman, yang memang banyak bertenaga. Lain kali Pak Saiful harus lakukan pacing, heh...heh... begitu lah ya kalau umur kita sudah menjangkau separuh abad. Tapi, semangat dan mental attitude tetap positif ya



Dan Bapak Tonto pun apa kurangnya. Motosikal pun dipotongi!!! Err...kurang pasti saya samada motosikal tu baru menjelma semasa foto diambil....Tapi kan Pak Tonto tu sidekick Lone Ranger, jadi pasti bisa memotong motosikal kan????







Jalan terus menunggak dari mula hinggalah ke km 18. Pendakian secara terus telah mengakibatkan kecelakaan kecil sekali lagi. Kalau semalamnya ban basikal Kahar kebocoran, hari ini rantai basikalnya pula putus. Mekaniknya pasti McGyver Ardiman.





Setelah disambungi, nyata sekali rantai basikal nggak bisa meneruskan pendakian ke Janda Baik. Keputusannya -- make a U-turn back. Wajah Pak Saiful melukiskan kehampaan kerana nggak bisa ketemu Janda yang baik. Tapi at the same time, beliau juga mencuri senyum, maklumlah bila U-turn, yang pastinya jalan menurun!

So, it was just a short ride. Disebaliknya, ini memberi peluang kepada tetamu dari seberang untuk meneruskan sight-seeing diKL disebelah petang



Esoknya mereka berangkat pulang. Sampe ketemu lagi bapak-bapak kalian

1 comment:

oops did I just say that? said...

wah so many matured cyclist this time around...hohoho...
nice picture from the back..can see mr brookie!!