Wednesday, May 7, 2008

MENJEMPUT RAKAN SPEDA DARI SEBERANG

PORT KLANG
Tanggal 1hb Mei, 2004, aku punyai tugas menunggu 4 rakan-rakan speda dari seberang melawat Malaysia. Mereka berasal dari Duri, Sumatra. Nama tempatnya agak "tajam" tapi yang datang adalah disebaliknya. Aku mengenali salah seorang dari mereka, Bapak Ardiman, melalui internet. Walau digelar "bapak", orangnya lebih muda pada Bapak Ramli (iaitu saya). Beliau banyak membantu memberi maklumat semasa aku berspeda solo di Padang, Sumatera bulan November 2007. Baru kali ini aku akan bertemu dengan beliau dan rakan-rakan speda lain.
Sebagaimana dijanji, aku tiba dijeti pelabuhan Port Klang jam 5.30 ptg untuk menunggu ketibaan mereka. Aku diberitahu kapal bakal tiba dalam masa setengah jam. Untuk menghabiskan masa, aku ke jeti pelabuhan Pulau Ketam, terletak disebelah. Aku pun tidak pernah berkunjung ke Pulau Ketam. Teringin juga hendak kesana. Mungkin ketam dipulau ini lebih enak dan murah. Tapi aku tidak akan mengajak rakan-rakan ku dari PGM untuk ke Pulau Ketam. PGM bukan satu persatuan ala politik. Ianya adalah Persatuan Gaut Malaysia!!!!
Boat feri ke Pulau Ketam adalah sama bentuk dengan feri laju di sungai-sungai Sarawak. Ramai juga aku nampak penggemar-penggemar memancing yang baru pulang dari memancing. Berapa banyak ikan yang diperolehi aku tidak tahu kerana kotak simpanan ikan ditutup rapat-rapat. Ah, tak mengapa. Inikan hobi masing-masing. Tapi awas "dong" (tumpang bahasa Indon sikit), jangan bawa pulang ikan bawal dan bilang sama ibu Ikan bawal ini hasil pancing. Kok nanti ada perang besar dirumah dan tali kail jadi penjerut lehir bapak-bapak kalian!
Aku nampak dua kapal dari Indonesia mendekati jeti. Yang dihadapan dari Tg Balai sementara yang dibelakang dari Dumai. Rakan speda ku datang dari Dumai. Ini bererti kapal Dumai mesti menunggu sehingga kapal Tg Balai memuntahkan passenger dahulu. Ditambah dengan pemeriksaan immigrasi dan muatan feri Tg Balai yang melebehi 100 penumpang, kawan-kawan speda ku terpaksa "terkurung" dalam boat hampir 2 jam.







Penungguan agak memenatkan kerana air-cond dalam boat sudah dimatikan. Harga disel kan sudah naik melambong. Apabila giliran boat dari Dumai tiba, aku nampak 4 speda diatas boat bersama banyak muatan-muatan lain. Speda dan barang-barang lain sudah pun diturunkan tetapi penumpang tetap terkurung diatas boat.

Dari jauh aku sudah nampak jejaka yang berupa Bapak Ardiman. Pastinya beliau tidak tahu yang aku sudah tahu siapa dia. Heh...heh...

Waduh, lama sekali menunggu. Matahari pun sudah terbenam.

Akhirnya dapatlah juga ke-empat empat wira speda dari seberang menjejaki kaki ke Pelabuhan Klang.

Dan kerana masanya sudah agak terlewat, aku terus membawa mereka kerumah untuk jamuan Nasi Kerabu.

Esoknya kami mempunyai acara speda di Putrajaya.

1 comment:

Father Sez said...

Good for Malaysian Indonesian relations.

Much better than that bozo ex Minister of ours making comments about the Indonesian reporter and the even more bozo Rela guys mistakenly attacking the Indonesian coach!

Well done, Pak.